Welcome to JueStoRyBoaRd, here you will find my life story. Sometimes,I also some facts. Do not forget about my Mr.Right. You may ask me anything.. I will reply A.S.A.P
- Zulaiha.

0 Talking Time
# Salahkah aku menghalang.. :'(
Sunday, November 26, 2023 / permalink



Dear Hati,

Hmmm tak tau la nak mula macam mana.. 
bukan aku cemburu untuk dia pegi ride dengan kawan2 dia..
Cuma.. aku risau.. macam2 aku pk.. 
dari semua sudut aku pegi.. 
sejak 2 menjak nie pun dia lain je.. 
masa untuk aku mmg xde..
ape aku nak pun dia xsempat nak tunaikan..
tapi nak ride boleh je..
siapa aku nie??
siapa yang ada dengan dia masa dia susah??
siapa ada dengan dia bila motor dia rosak??
dah masuk 3bulan kawin.. ada ke sekali dia ajak aku keluar untuk ajak jalan2?? 
ajak pgi bcuti ke.. aku cuti dia keje.. aku keje dia cuti pegi ride?? gitu ke 
susah ke untuk dia paham apa yang aku pk sekarang??
susah?? sekarang pun dia dah boleh tdo..
tapi aku??? menangung kesakitan.. sakit pinggang sakit kepala?? 
tak siapa yang peduli.. aku hadap sendiri???
mana dia yang sebelum ni ada je ngn aku masa aku sakit??
sakitnya hati... aku rasa nak menjerit sekarang nie... sumpahhh






0 Talking Time
# I Need Shoulder
Friday, November 24, 2023 / permalink



Dear Hati..

Aku tak tau mana aku nak luahkan.. terlalu banyak aku pendam..
aku sendiri tak tahu dekat mana aku nak luahkan lagi. tibe2 aku teringat..
aku teringat blog yang dah lama aku tinggalkan.. dulunya blog ni la yang jadi tempat aku meluahkan
sampaikan aku xhiraukan lagi ape yang jadi kat luar sana.. aku hanya dengan dunia aku sahaja..
setelah aku tinggalkan kini aku cari balik.. sebab ape?? sebab aku rasa sini je tempat aku nak luahkan 
segala yang dalam hati. walaupun blog nie xboleh nak bckp dgn aku. sekurang2nya aku bebas untuk 
meluahkan.sekurang2nya lega sikit aku dapat luahkan dekat sini.. 

Dear hati..

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog nie.. kini aku kembali.. tapi kembali bukan lagi dengan status single.. aku dah kahwin!!!! yess im married.. 30 ogos 2023 aku sah menjadi seorang isteri kepada suami aku.. yeahh im happy because akhirnya aku berkahwin tp diusia aq yang dah cecah 33 tahun.. aku bersyukur setelah segala dugaan dan cabaran aku hadapi.. aku tamatkan status bujang aku.

Dugaan?? yess aku dah cukup sakit.. terlalu sakit.2013 aku di tinggalkan seperti orang bodoh tanpa sebarang kata putus, digantung tak bertali oleh someone yang selalu aku cerita pada suatu ketika dahulu. bukan aku tak move on.. tapi aku jadi bodoh menunggu dan berharap pada orang yang belum tentu akan jadi milik kita. then aku pernah cuba untuk sayang dan cintakan beberapa org lelaki (bukan playgirl ok) tapi semuanya hampa..musnah.. aku dipukul.. aku di pijak.. habis satu badan lebam2 semua disebabkan satu benda.. DUIT. bila aku tak bagi.. aku dipukul.. aku tersilap langkah. sampai kan aku jadi terlalu keras. cepat memberontak.. dari situ aku start ikat perut.. sebabnya aku sendiri dah xda duit.. begitulah kehidupan aku sampai lah 2022.. dengan sekali call.. tangan gatal call si dia yang dah lama tinggalkan aku.. at first aku tanya dia baik2.. if dia dah kahwin or belum. bukan ape.. kalau kata belum yes aku boleh letak harapan.. if not cukup la sekadar kawan. then dia cakap dia belum kahwin.. kami kembali rapat.. mcm mula2 kenal. yes we LDR. tapi Allah tu maha Berkuasa.. Allah gerakkan hati sorang hamba Allah nie untuk siasat latar belakang dia nie.. end up resultnya BINGO!!!! dia dah kawin. ada sorang anak. and bila aku gunakan fb org lain aku sendiri dapatkan bukti.. YES! DIA DAH KAHWIN! tarikh dia kahwin adalah tarikh final exam LAST PAPER aku untuk DIPLOMA. aku tengah berperang dengan kertas exam, dia sedang diraikan dan sedang bahagia.. Aturan Allah tu indah.. kalau aku tau masa tu.. aku rasa aku takkan dapat jawab lagi soalan exam tu..lepas kantoi tu.. dia cakap dia terpaksa tipu aku.. sebabnya takut aku hilang lagi.. yes masa tau tu mmg aku rasa sakit yang teramat sangat..aku cakap kat dia.. tolong bagi aku masa.. bukan untuk terima dia.. tapi untuk menghilangkan diri..  sumpah.. sakit sangat.. aku tak tau macam mana aku nak gambarkan kesakitan tu..

Allah dah aturkan kehidupan aku.. Allah hadirkan pelangi untuk aku.. aku mula kenal dengan suami aku. 1st day kenal.. dia terus ajak jumpa.. then we meet. masa tu xde lagi hubungan istimewa. then after the first meet, aku tanya dia "then how, after the first meet. saya tak cantik, gemuk, xmcm org lain yang awak kenal" then dia cakap kat aku.."saya ikhlas nak kenal ngn awak.. kalau awak boleh terima saya, saya akan terima awak seadanya awak..saya dah xnak main2..saya pun nak kawin"dari situ kami mula jadi rapat, dan one day dia suarakan untuk jumpa family. Alhamdulillah, bulan 3 tahun 2023 dia datang jumpa family dan ikat hubungan kami.. kami bertunang tak lama. 5bulan sahaja. kalau ikutkan hati dia. bulan 5 nak nikah dah..tp memandangkan makcik2 aku ramai yang cikgu.. mama pun minx majlis 31/8/2023. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Tapi sekarang nie.. belum sampai 3bulan jadi isteri.. sikit2 dia berubah.. dia macam ada sembunyikan sesuatu dari aku..bila aku minx masa untuk talk heart to heart mesti dia akan refuse. tp sometime dia akan jadi overprotective. dari situ aku decide biarlah aku pendamkan sahaja apa aku rasa. tapiii.. lama2 aku jadi terlalu sakit.. sblm kahwin lagi aku ada cakap kat dia.. aku ada masalah.. aku ada TRUST ISSUE sikit. aku jadi susah nak percaya kat orang.. aku banyak kali pesan kat dia.. tolong jangan tipu aku.. tolong jangan sorok apa2 dari aku.. tolong jangan bagi aku hilang kepercayaan.. cukup lah selama nie aku disakiti.. aku dah penat.. penattt sangat... aku tak mintak apa dari dia.. aku nak kan perhatian.. aku nak kan kasih sayang. aku tak mintak emas sebesar tali kapal ke ape ke..tidakk.. aku hari2 berdoa semoga hati dia xkan pernah berubah.. aku berdoa semoga dia tak buka hati dia untuk orang lain.. aku sayang dia sorang je.. aku takut sangat dia hilang dari aku.. aku tak rela berkongsi kasih. betul lah bila kite dah kahwin nie mcm2 dugaan lagi akan datang. aku takkan pernah jemu untuk berdoa untuk dia. 

To My Husband,

        Ayang.. tak ada apa yang sayang mintak dari ayang. sayang xmintak wang ringgit.. sayang tak mintak emas besar2.. sayang nak kasih sayang, perhatian, cinta ayang.. pls ayang..dont hurt me again.. i dont want to loose you.. i miss you.. you are my everything ayang😢😢😢😢😢