Welcome to JueStoRyBoaRd, here you will find my life story. Sometimes,I also some facts. Do not forget about my Mr.Right. You may ask me anything.. I will reply A.S.A.P
- Zulaiha.

0 Talking Time
# Salahkah aku menghalang.. :'(
Sunday, November 26, 2023 / permalink



Dear Hati,

Hmmm tak tau la nak mula macam mana.. 
bukan aku cemburu untuk dia pegi ride dengan kawan2 dia..
Cuma.. aku risau.. macam2 aku pk.. 
dari semua sudut aku pegi.. 
sejak 2 menjak nie pun dia lain je.. 
masa untuk aku mmg xde..
ape aku nak pun dia xsempat nak tunaikan..
tapi nak ride boleh je..
siapa aku nie??
siapa yang ada dengan dia masa dia susah??
siapa ada dengan dia bila motor dia rosak??
dah masuk 3bulan kawin.. ada ke sekali dia ajak aku keluar untuk ajak jalan2?? 
ajak pgi bcuti ke.. aku cuti dia keje.. aku keje dia cuti pegi ride?? gitu ke 
susah ke untuk dia paham apa yang aku pk sekarang??
susah?? sekarang pun dia dah boleh tdo..
tapi aku??? menangung kesakitan.. sakit pinggang sakit kepala?? 
tak siapa yang peduli.. aku hadap sendiri???
mana dia yang sebelum ni ada je ngn aku masa aku sakit??
sakitnya hati... aku rasa nak menjerit sekarang nie... sumpahhh






2 Talking Time
# I Need Shoulder
Friday, November 24, 2023 / permalink



Dear Hati..

Aku tak tau mana aku nak luahkan.. terlalu banyak aku pendam..
aku sendiri tak tahu dekat mana aku nak luahkan lagi. tibe2 aku teringat..
aku teringat blog yang dah lama aku tinggalkan.. dulunya blog ni la yang jadi tempat aku meluahkan
sampaikan aku xhiraukan lagi ape yang jadi kat luar sana.. aku hanya dengan dunia aku sahaja..
setelah aku tinggalkan kini aku cari balik.. sebab ape?? sebab aku rasa sini je tempat aku nak luahkan 
segala yang dalam hati. walaupun blog nie xboleh nak bckp dgn aku. sekurang2nya aku bebas untuk 
meluahkan.sekurang2nya lega sikit aku dapat luahkan dekat sini.. 

Dear hati..

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog nie.. kini aku kembali.. tapi kembali bukan lagi dengan status single.. aku dah kahwin!!!! yess im married.. 30 ogos 2023 aku sah menjadi seorang isteri kepada suami aku.. yeahh im happy because akhirnya aku berkahwin tp diusia aq yang dah cecah 33 tahun.. aku bersyukur setelah segala dugaan dan cabaran aku hadapi.. aku tamatkan status bujang aku.

Dugaan?? yess aku dah cukup sakit.. terlalu sakit.2013 aku di tinggalkan seperti orang bodoh tanpa sebarang kata putus, digantung tak bertali oleh someone yang selalu aku cerita pada suatu ketika dahulu. bukan aku tak move on.. tapi aku jadi bodoh menunggu dan berharap pada orang yang belum tentu akan jadi milik kita. then aku pernah cuba untuk sayang dan cintakan beberapa org lelaki (bukan playgirl ok) tapi semuanya hampa..musnah.. aku dipukul.. aku di pijak.. habis satu badan lebam2 semua disebabkan satu benda.. DUIT. bila aku tak bagi.. aku dipukul.. aku tersilap langkah. sampai kan aku jadi terlalu keras. cepat memberontak.. dari situ aku start ikat perut.. sebabnya aku sendiri dah xda duit.. begitulah kehidupan aku sampai lah 2022.. dengan sekali call.. tangan gatal call si dia yang dah lama tinggalkan aku.. at first aku tanya dia baik2.. if dia dah kahwin or belum. bukan ape.. kalau kata belum yes aku boleh letak harapan.. if not cukup la sekadar kawan. then dia cakap dia belum kahwin.. kami kembali rapat.. mcm mula2 kenal. yes we LDR. tapi Allah tu maha Berkuasa.. Allah gerakkan hati sorang hamba Allah nie untuk siasat latar belakang dia nie.. end up resultnya BINGO!!!! dia dah kawin. ada sorang anak. and bila aku gunakan fb org lain aku sendiri dapatkan bukti.. YES! DIA DAH KAHWIN! tarikh dia kahwin adalah tarikh final exam LAST PAPER aku untuk DIPLOMA. aku tengah berperang dengan kertas exam, dia sedang diraikan dan sedang bahagia.. Aturan Allah tu indah.. kalau aku tau masa tu.. aku rasa aku takkan dapat jawab lagi soalan exam tu..lepas kantoi tu.. dia cakap dia terpaksa tipu aku.. sebabnya takut aku hilang lagi.. yes masa tau tu mmg aku rasa sakit yang teramat sangat..aku cakap kat dia.. tolong bagi aku masa.. bukan untuk terima dia.. tapi untuk menghilangkan diri..  sumpah.. sakit sangat.. aku tak tau macam mana aku nak gambarkan kesakitan tu..

Allah dah aturkan kehidupan aku.. Allah hadirkan pelangi untuk aku.. aku mula kenal dengan suami aku. 1st day kenal.. dia terus ajak jumpa.. then we meet. masa tu xde lagi hubungan istimewa. then after the first meet, aku tanya dia "then how, after the first meet. saya tak cantik, gemuk, xmcm org lain yang awak kenal" then dia cakap kat aku.."saya ikhlas nak kenal ngn awak.. kalau awak boleh terima saya, saya akan terima awak seadanya awak..saya dah xnak main2..saya pun nak kawin"dari situ kami mula jadi rapat, dan one day dia suarakan untuk jumpa family. Alhamdulillah, bulan 3 tahun 2023 dia datang jumpa family dan ikat hubungan kami.. kami bertunang tak lama. 5bulan sahaja. kalau ikutkan hati dia. bulan 5 nak nikah dah..tp memandangkan makcik2 aku ramai yang cikgu.. mama pun minx majlis 31/8/2023. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Tapi sekarang nie.. belum sampai 3bulan jadi isteri.. sikit2 dia berubah.. dia macam ada sembunyikan sesuatu dari aku..bila aku minx masa untuk talk heart to heart mesti dia akan refuse. tp sometime dia akan jadi overprotective. dari situ aku decide biarlah aku pendamkan sahaja apa aku rasa. tapiii.. lama2 aku jadi terlalu sakit.. sblm kahwin lagi aku ada cakap kat dia.. aku ada masalah.. aku ada TRUST ISSUE sikit. aku jadi susah nak percaya kat orang.. aku banyak kali pesan kat dia.. tolong jangan tipu aku.. tolong jangan sorok apa2 dari aku.. tolong jangan bagi aku hilang kepercayaan.. cukup lah selama nie aku disakiti.. aku dah penat.. penattt sangat... aku tak mintak apa dari dia.. aku nak kan perhatian.. aku nak kan kasih sayang. aku tak mintak emas sebesar tali kapal ke ape ke..tidakk.. aku hari2 berdoa semoga hati dia xkan pernah berubah.. aku berdoa semoga dia tak buka hati dia untuk orang lain.. aku sayang dia sorang je.. aku takut sangat dia hilang dari aku.. aku tak rela berkongsi kasih. betul lah bila kite dah kahwin nie mcm2 dugaan lagi akan datang. aku takkan pernah jemu untuk berdoa untuk dia. 

To My Husband,

        Ayang.. tak ada apa yang sayang mintak dari ayang. sayang xmintak wang ringgit.. sayang tak mintak emas besar2.. sayang nak kasih sayang, perhatian, cinta ayang.. pls ayang..dont hurt me again.. i dont want to loose you.. i miss you.. you are my everything ayang😢😢😢😢😢






0 Talking Time
# Cinta Kadang Menyakitkan
Tuesday, November 24, 2015 / permalink




Hye all... nak tau x..nak tau x... actually "Quote" atas nie aku dapat dari kawan aq...
dye share quote nie kat moment wechat dye.. so aku rase cam menarik jugak la...
n ayat nie bagi idea untuk aku menghapdate blog yang dah berabuk nie...

Why aku cakap menarik??? 

erm pada aku ia btl2 melambangkan life aq.. luaran yes orang akan nampak aku senyum..gelak..
ketawa..semuanya aku leh wat.. tp caye x.. senyuman.. gelak.. ketawa.. semua tu
"PENIPUAN" semata-mata..

aku sendiri kadang2 pendamkan sorang2 je ape yang aku rasa.. aku sedih.. lagi plak aku kecewa..
susah untuk aku sndr tunjukkan rasa tu..aku hny akan senyum.. tp kesabaran tu semua..masih ada batasnya... aku takut sangat kalau satu hari nanti aku sendiri xdpt kawal..scra automatik... aku akan secara kluarkan semuanya.. ape yang aku pendamkan slama nie. dan masa tu xde dah nak jaga perasaan orang semua.. aq sndiri rasanya.. da xda la rasa nak hormatnya lagi...
jadi ape pn yang trjadi.. aq akan cuba untuk kawal semuanya.. aq akan hadapi semuanya denga senyuman...

"awak..sy xmintak apa2 dari awak..cukuplah sekadar KASIH SAYANG..KEIKHLASAN...
 dan KESETIAAN...





1 Talking Time
# Entry special for blogger comel and sponsor yang cantik...
Thursday, September 10, 2015 / permalink



Hye allz..
yeayyyy!!! aku menang lagi.. kali nie dari GA blogger tengkubutang yang diberi nama "Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang"

okey tuan tanah dah mnyenaraikan nama peserta which is aku yang ke 42..
n apabila diumumkan pemenang.. aku tlh diumumkan sbg salah satu pemenang...
aku telah memenangi 


TUDUNG BAWAL SATIN YUHANIS..
yeayy... hehehe...

okey aku nak ucapkan tq sgt2 kepada tuan tanah kerana mengadakan GA sprti nie.. lepas nie wat agy tau..leh joined lagi.. mana tau dpt hadiah len plak ke..hehehe....

n kepada sponsor.. Emma Diana, thanx sb sponsor hadiah nie..  hehehe... lepas nie leh sponsor lagi tau..hehehe.. suke sangat.... 






1 Talking Time
# Souvenirs dari Europe Giveaway Contest
Friday, August 21, 2015 / permalink




okey semua syarat dah fulfill... kertas exam dah jawab! hehehe

SAYA FOLLOWER KE 560 JOINED KAK AICHA!!

Sape2 berminat nak joined klik banner okey!!






0 Talking Time
# Semuanya Penting Lah!!



Haiiiiii semuaaaaaaaaa...lama pulak xhapdate blog kan... hehehe.. yela skrg dah mngorak langkah kehadapan lagi... now aq otw menghabiskan pengajian aku... kalau dulu aku gigih nak habiskan diploma aku.. now aq otw habiskan Degree aku.. walaupun degree aku nie bukan la dari UITM UUM UMS USM ke mane lah tapi dari POLITEKNIK.. aku ttp bersyukur.. aku tetap graduan.. :) and one more thing InsyaAllah Politeknik akan dinaik taraf jadi Universiti Politeknik :) Antara program untuk Degree Politeknik yang ditawarkan xbanyak pn..masih limited..xsemua Politeknik ade tawarkan Degree programme... :)  program2 yang ada cume :-

  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan Dan Hospitaliti Antarabangsa
  2. Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual Dan Media Baharu Dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  4. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
  5. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian
  7. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
  8. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) Dengan Kepujian

Okey apa kaitan citer atas nie dengan tajuk aku adalah.. dalam masa 2 tahun lagi aku akan grad.. aku akan peroleh segulung ijazah pula... aku akan hargai sekeping kertas itu yang akan bersama2 aku untuk mengatur hidup kat lua sane tu kan.. :) ia amat penting untuk aku...

apa lagi aku akan hargai ea.... 


okey handphone atas nie pun aku akan hargai.. KENAPA??? sebabnya handphone nie la yang aku beli guna duit hasil titik peluh aku slama 2 tahun aku bekerja...alhamdulillah sampai sekarang masih berjasa.. sihat2 je dye...

lagi apa ya yang aku nak jaga baik2... ha!!! satu lagi... 



Taraaaa... ini la bndanya... hadiah dari mama n ayah... tenkiu... dah lama aku request dslr.. tp aq xdpt dslr yang gabak besau tu... aku dapat yang comey ckit..but lagi canggih.. Olympus model E-PL5... mngkin mama n ayah aku da nampak minat anak dye sorang nie..apa yang best camera nie adalah...

  • Gambar memang cantik lah..4sure more cantik kan..
  • dye punya screen tu touch screen... :) mcm hp lak ase
  • pastu dye nye skrin kite ley angkat cm kat gambar no.2 tu..
  • n the best part adalah.. gambar2 nie semua leh trus transfer ke hp... gunakan flash air je..
banyak lagi bestnye camera nie... aku memang suke...hehehe

and last but not least..ape lagi yang paling akan aku hargai adalah...

FAMILY

Semua orang ada family kan.. sama macam aku jugak..aku ada family aku.. aku sayang family aku... xkire la family dari sblh ayah mahupun sebelah mak.. semua aku sayang sangat.. Setiap tahun kami pasti akan bertemu dan berkumpul beramai2.. jika ada majlis2 yang diadakan..semua keluarga pasti akan berkumpul...untuk aku... family adalah segalanya...

Okeylah cukup la tu kot..nanti aku akan update lagi ya...Assalamualaikum...






3 Talking Time
# Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
Tuesday, August 18, 2015 / permalink



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 

Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
| Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Cik Miela | Missakuradiary | Aderakukeysah  
| Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana | Nizam |

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Follow  Instagram Sponsor

5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.

OFFICIALLY SY JOINED!!!





4 Talking Time
# "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15"
Monday, August 17, 2015 / permalink



*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" .Kali ni korang bertuah sebab ada GIVEAWAY sekali dalam segmen ni.Wahhh~ Apa hadiahnya? Apa syarat-syaratnya? sila klik gambar di atas untuk ke entri Segmen. :)

Jom Support Kawan-Kawan Blogger :)





2 Talking Time
# "GIVEAWAY BIRTHDAY MUM&SISTER |TENGKUBUTANG"




BismillahirRahmaniRahim..
Dengan rendah diri sekarang nak habaq yang sy nak joined 
Giveaway yang diadakan sempena Hari Lahir Emak dan Adik Perempuan tengkubutang. :)

Fuhh2!! penat berlari semua tempat like n follow but satu ig xboleh nak 4low.. 




yang lain semua done! sy joined! :)

sebelum terlupa...

HAPPY BIRTHDAY TO MUM & SISTER TO TENGKUBUTANG SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI YA!!





0 Talking Time
# S.A.H.A.B.A.T ..
Wednesday, November 5, 2014 / permalink



Hye sume..now aku nak share bout sahabat pulak..semua orang mesti ada sahabat kan.. nak cari sahabat bukan senang.. xsemestinya kalau kita jumpa..kenal dengan rapat..akan jadi sahabat kita..
sahabat pada aku hanya orang yang ada ciri2 kat bawah nie... jom kite tgk apa ciri2 sahabat


Lumrah kehidupan seseorang bila bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang ada di muka bumi ini. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang  sentiasa bersama kamu saat suka dan duka. Ada juga yang sentiasa mengenakan kamu.

Tidak kiralah macam mana sekalipun karakter manusia yang kamu jumpa, pasti akan ada seorang yang akan sentiasa menyokong kamu dan menjadi yang terbaik untuk kamu. Tidak kiralah serumit mana kamu si dia tetap akan setia menjadi bff kamu selamanya.

Jom ketahui 30 tanda si dia sahabat kamu selamanya.

  1. Bila kamu bersamanya kamu boleh rasa satu getaran yang mengatakan kamu memang selamat bila bersama si dia tanpa ragu.
  2. Si dia sentiasa mengingatkan kamu bertapa kuatnya diri kamu mengharungi liku-liku kehidupan.
  3. Bak kata orang “They’re the people who will hold you tight and lift you when you feel like breaking down”.
  4. Bila kamu berangan atau sedang merancang perkahwinan dialah orang yang kamu harapkan untuk menjadi pengapit kamu.
  5. Tidak kekok tidur di katil yang sama.
  6. Secara spontan kamu boleh peluk dirinya sambil meluahkan bertapa sayangnya kamu pada dirinya.
  7. Dia tahu semua kata laluan kamu.
  8. Musuh ketatnya adalah bekas kekasih kamu.
  9. Kamu menangis bila si dia berjaya melakukan sesuatu.
  10. Kamu sentiasa hadiahkan si dia sesuatu sewaktu hari jadinya, bukannya berikan sekeping kad sahaja.
  11. Kamu tahu apa yang ada di dalam dan di luar almari pakaiannya.
  12. Bila kamu terlalu sibuk, si dia faham dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya.
  13. Sahabat kamu itu sentiasa tekan butang like, retweet, dan favorite serta meninggalkan komen di setiap status yang di muat naik oleh kamu.
  14. Lebih suka duduk di café dan berborak berbanding keluar jalan-jalan.
  15. Jika kamu menerima pesanan ringkas dengan selambanya kamu menunjukan message itu padanya serta meminta pandangannya.
  16. Kamu sering menghantar ‘screen capture’ padanya sambil memberi pandangan atau komen mengenai gambar tersebut.
  17. Kamu berdua sering bercerita tentang kesihatan dan penjagaan diri.
  18. Salah seorang daripada kamu bersifat keibuan dan seorang lagi bersifat keanakan.
  19. Keluarga kamu semua terlupa yang sebenarnya kamu dan sahabat kamu itu sebenarnya tidak mempunyai ikatan persaudaraan.
  20. Kamu benci orang yang sama.
  21. Bila bercakap pasal orang lain, ada sahaja ‘gelaran pelik’ yang hanya kamu berdua sahaja faham untuk menggelarkan mereka.
  22. Kamu berdua ada perasaan cemburu bila ada orang lain mula rapat dengan salah seorang daripada kamu.
  23. Di Facebook, kebanyakan ‘friend’ yang kamu ada adalah salah seorang ahli keluarganya.
  24. Kemungkinan besar kamu berdua ada ‘friendly hand shake’ yang akan kamu lakukan bila berjumpa atau ucapkan selamat tinggal.
  25. Tiada rahsia antara kamu berdua.
  26. Kamu akan mudah terluka bila ada orang cuba menghancurkan hatinya.
  27. Sering selfie bersama dan berposing dengan gaya-gaya yang pelik dan nakal.
  28. Kamu tahu bila masa yang sesuai untuk dekatinya atau memberi ruang untuk si dia bersendirian.
  29. Kamu berdua perlu bertemu atau berborak walau hanya 10 saat pun jadilah!
  30. Bila orang semua mula menegur mana kawan kamu yang lagi seorang.
***************************************************************************

Alhamdulillah semua ciri2 dekat atas nie ada pada SAHABAT2 ku... sahabat2ku saya sayang awak semua.. saya bersyukur kerana selama perkenalan kita..walau macam2 halangan dan dugaan kita lalui..pahit manis kita bersama..sorang demi sorang dari kita dah jadi milik org.. mula2 sahabat ku Bella (dah jadi mummy orang pun and aku dah jadi Amiy kepada aqil ) , next rosma, lbh kurang 2bulan lagi akan jadi mama orang pulak...( aku nak jadi apa pulak nie ye..hehe )..dan paling latest adalah syahara.. baru je jadi isteri orang.. (sara jangan tunggu lama2..xsabar nak jadi amiy jugak nie) hahaha.. nak tunggu aku punya turn lama lagi... hehe nak jadi amiy kpd anak2 korang dulu,,, hik3....
Pasnie nak tunggu waniey lak..hahaha...hope persahabatan ini akan kekal buat selamanya..walau apa pun yang terjadi aku tetap sayang korang.. I missed you so much my SAHABAT.. :)





1 Talking Time
# Update Habis-Habisan..excited dan strugle untuk aktiviti bulan november :)



Hye allz..!! Wahhhh lama betul tak hapdate kan... :) hehehe maaf2 agak busy sejak2 sambung pengajian nie.. now tgh study untuk mengenggam segulung IJAZAH pulak,,, :) Alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku sambung pengajian.. :) now course yang aku ambik for ijazah adalah link sangat dengan previous course aq. " IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN PENGURUSAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI ANTARABANGSA" fuhh panjang betul kan nama course,,,hehe n untuk memendekkan course tu hanyalah UTH... :) dah nama pun antarabangsa,,, so banyak jugaklah perubahan.. disebabkan aku pelajar lepasan Pengurusan Pelancongan (DUP) so aku kena la ambik subjek yang diambil oleh pelajar lepasan Pengurusan Hotel Katering (DHK).. disebabkan kami lepasan diploma..so kami dah loncat 2 sem trus..skrang nie aq dah sem 3..aq cuma belajar dalam kampus hanya untuk 3 sem.. 1 sem Latihan Industri dan 2sem lagi WBL..ape tu?? WBL is Work Based Learning.. so untuk WBL aku dan kawan2 lain akan bekerja dibawah company mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh pihak kampus.after that.. insyaAllah kami semua akan graduate dan mengenggam segulung Ijazah pulak... Dah nama pun student degree semestinya pembelajaran pun lain.. :) terlalu banyak presentation..kajian..penulisan artikel.. tapi tu xbuat aku dan rakan-rakan gentar,.. Kami sahut cabaran tu :)

Okey untuk semester pertama nie kami terlalu banyak trip yang perlu kami pergi.. untuk bulan november nie mmg pack sangat jadual.. :) mane dengan projek Keusahawanan lagi.. Untuk projek keusahawanan nie kami perlu buat satu program dan menjual produk2 kami.. so kami satu kelas telah sepakat untuk adakan satu event di taman layang2 pada 21 & 22 november ini.. warghhh sgt pack..xtaw smpat buat persiapan atau x...

Next Week (15 & 16 nov) bergabungnya student JPH & JRKV 54 orang akan pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah pula untuk memenuhi syarat bagi kelas PRESENTATION SKILLS & HUBUNGAN ETNIK.. 

And for last aktivi yang aku kna lakukan tuk bulan nie adalah pada 26-29 november. ape aktiviti kmi? Kami semua terbang ke VIETNAM...weee :) 35 orang pelajar UTH akan terbang ke luar negara bersama2,. serius tak sabar rasanya.. 

Okeylah dah masuk waktu solat..nak pergi solat dulu,,nnt aku akan update lagi :) of xpkai lappy akan ku update guna handphone tercinta :)





0 Talking Time
# Ke Puncak!!!
Tuesday, September 16, 2014 / permalink



Hye allz.. sorry lame xupdate my Bie nie..
skrg nie hari2ku kembali busy..
kembali busy apabila kembali bergelar seorang PELAJAR...
ya..!! sekarang aku seorang PELAJAR..
Pelajar di salah sebuah IPTA yang mengambil

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI ANTARABANGSA..

yeahhh jurusannya juga Mengerunkan.. tapi ia adalah satu cabaran untuk aku...
Semoga segalanya dipermudahkan :) dan aku akan mengenggam pula segulung ijazah..
Alhamdulillah untuk pengajian kali ini aku rasa sgt2 bersemangat dan berkobar2
utk berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah...

okey lah lepas nie insya allah jika ada kelapangan pasti aku akan update blog nie,,, 
love u uollzz

Ayuh Ke pUcak!!!




Labels: ,


0 Talking Time
# My Sweet Daya.. !! :)
Thursday, September 4, 2014 / permalink



Urghhhh penatnyee!!! TAPI!! segalanya sangat Awesome!!

Tada!!!!


Ape nie????
hehehe ini adalah......



Diploma Aku... Finally!! after 3years + 1 years i got it!!

knp 3 + 1??? 3years adalah masa untuk aku bertungkus lumus belajar...
dan 1 years adalah masa yang aku tunggu untuk memperoleh diploma aku kat atas nie..
dan semalam 3/9/2014 adalah harinya iaitu

MAJLIS KONVOKESYEN-9
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

dan aku adalah orang yang ke 482....


yeayyy.... n smlm adalah hari yang sangat2 best untuk aku....


Gambar b4 get ready untuk para graduan berarak masuk dewan...


Setelah Selesai semuanya dan waiting for photoshoot!!
weee dapat Jambangan Bunga + Coklat Ferero Rocher + Bear... :)

n sekarang sibuk pulak prepare barang2 nak ke tempat baru??
kemana??? 
okey nak jerit jap
AKU AKAN MENYAMBUNG PELAJARAN!!!
hehehe dan aku akan ambil
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGURUSAN PELANCONGAN &
HOSPITALITI ANTARABANGSA!!
setapak lagi akan aku melangkah sebelum menamatkan ZAMAN BUJANG... ups!!
mama dah bagi GreenLight..!!!

hehe okey lah nak p bersiap2 dulu.. :)




Labels: , ,


0 Talking Time
# Segalanya Akan Berakhir..
Tuesday, August 19, 2014 / permalink


Hye semua.. kalau dulu aku pernah menaip nukilan buat teman2 di Seri Malaysia Genting kat SINI.. skrg ni dukacita aku maklumkan bahawa lepas nie aku akan meninggalkan tempat kerja aku lagi sekali.. bukan aku kena buang kerja tau.. diriku telah terpanggil untuk meneruskan langkah2 ke peringkat yang lebih tinggi.. maka dengan itu aku akan meninggalkan IMPIANA KLCC HOTEL & SPA lebih kurang 11hari lagi.. kawan2 aku pasti akan merindui kalian semua... kenangan bersama kalian pasti aku xdapat lupakan.. aku harap kita masih trus berkawan dan keep in touch antara satu sama lain.. aku sayang korang semua... :'(





0 Talking Time
# I missed You Cousin... :'(
Monday, August 11, 2014 / permalink



27 Januari 2014 tarikh tu pasti akan sentiasa aku ingat..
seorang sepupu yang penyayang Muhamad Azim Al-zahri Bin Ali
telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya
akibat kemalangan di plaza tol putrajaya..
sesungguhnya kehilangan beliau adalah salah satu kehilangan
buat keluarga kami, walaupun pada mulanya kami tidaklah serapat spupu2 lain
tapi kerana beliau dan spupu2 lain buat aku makin rapat dengan
keluarga2 lain... lagi 16 hari genaplah 7 bulan arwah pergi meninggalkan kami
tahun nie juga raya pertama tanpa beliau...
bila tgk gambar moto arwah masa eksiden tu..aku rasa sedih sangat..
rindu sgt kat dia....

abg ajim...hanya ni yang mampu aku hadiahkan buatmu...




Labels:


1 Talking Time
# Excited Nak Berkonvo.. :)
Wednesday, August 6, 2014 / permalink


Yeayyy!!! akhirnya setelah hampir satu tahun menunggu detik2 ini..
dia muncul juga... hehehe sangat excited...
Hari tu pergi jalan2 kat Jalan Tar nak cari kain untuk majlis konvokesyen nnt
berkenan la dekat satu baju nie... :)
dah macam baju org nak nikah dah nie..hehehe...
tp dek krn da bkenan dhati..ambik jugak la...
hihi untung2 ley pakai tuk tunang/nikah nanti...
save budget katekan...


okey byk sgt lah mbebelnye..
okey!! tarikh tetap konvokesyen aq adalah 3 september 2014!!!
baju baru je tempah semalam (5/8/2014)
raptai konvokesyen adalah pada 29/8/2014.. weee
kasut pn dah beli... kasut dari keluaran pedal works..

hahaha amik kau....tinggi kan...org tgi pkai kasut tgi,,
bertambah2 tgi jadinya..bhahaha...
one more in plannin nak wat outdoor photoshoot for my convo..
ala2 gini laaa



hehehe okey brangan! tp in planning la..
hope sumenye menjadi kenyataan..

hehe okeyla tu je dulu kot stakat nie..
mata dah berat nak tdo...
n last but not least
im counting day to get result for ipta/politeknik premier...

Assalamualaikum .. :)





Labels: ,